Hamizah Food Industries Sdn Bhd adalah sebuah syarikat hasil gabungan perkongsian oleh beberapa individu bumiputera melayu. Matlamat utama Hamizah Food Industries Sdn Bhd adalah untuk membekalkan makanan tempatan halal yang berlandaskan hasil tani. Hamizah Food Industries mengutamakan aspek kesucian, kebersihan dan qualiti pada setiap produk di samping berusaha untuk memastikan keyakinan pelanggan sentiasa tinggi selain daripada mencari keredhaan di dalam perniagaan.
Inisiatif penubuhan Hamizah Food Industries diilhamkan pada awal tahun 2009 oleh pemilik-pemilik, setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membekalkan produk tart nenas kepada pelanggan-pelanggan terdekat seperti rakan sekerja, saudara mara dan juga jiran-jiran. Dengan iltizam dan semangat untuk maju, Hamizah Food Industries Sdn Bhd ditubuhkan bagi mengorak langkah dan meningkatkan status perniagaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Adalah menjadi hasrat perniagaan ini untuk turut serta di dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara terutama di dalam memperluaskan pasaran produk-produk halal tempatan. Perniagaan ini juga ingin menyahut seruan kerajaan di dalam mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
© 2009 Hamizah Food Industries (001863100-U) | Developed by Aimal Solution
